Wednesday, November 25, 2009

Sakit mata



Sayang sekali umur baru beberapa hari dah kembali......





Entah kenapa anak ayam aku selalu sakit mata......











Ini antara yang paling aku sayang...

Tuesday, November 24, 2009

Anak-anak first generation




Mana yang lebih cantik....



Makan daun pisang..



Anak -anak zaman la nie....


Koleksi terbaik semperna Aidiladha.



Tengah menjamu selera ...






Penghulu impiana merbok.....


Jom ronda-ronda........




Tengah ejas makwe ke......






Anak-anak first generation.........

Mangsa Pertama

Nie la mangsa pertama yang aku ceritakan dahulu.....
manakala lampu serta siren tu yang telah banyak mengesan segala bentuk ancaman dari
sang tikus.
Sehingga kini
sang tikus agak berkurangan lepak kat teratak impiana aku. Itik angsa aku pun dah tak menjerit lagi pada waktu malam..so bolehla jiran -jiran aku melolapkan mato sikit...Itik aku tu bila dah menjerit kira tahap gaban la juga.

Inkubator

Gambar nie aku snap masa abang aku tengah buat inkubator yang
baru kerana inkubator yang sedia ada
dah tak
boleh menampung lagi. Beliau memang master dalam bidang pembuatan nie, kerana segala bentuk projek yang hendak dilaksanakan di teliti setelitinya. Sehingga kini kami mempunyai lebih kurang lima inkubator yang digunakan secara bersilih ganti. setiap tong boleh memuatkan lebih kurang 60 biji telur . Gambar anak ayam piru yang berjaya kami tetas menggunakan inkubator hasil kerja tangan beliau.

Friday, November 13, 2009

Kemurungan /Stress

Baru-baru nie banyak juga la ayam aku mengalami penyakit kemurungan , aku pun tak tau pasai apa ayam-ayam aku jadi stress macam tu ,nak kata putus cinta mungkin juga pasai baru nie kan raya Depavali ramai le peraih yang datang meminang ayam aku .Macam biasa la banyak le juga pakwe diaorang yang aku jual...mungkin sebab tu le diaorang stress . Malah ada yang mati....Tilik punya tilik tub-tub ayam aku mati akibat ancaman dan penyakit yang aku kira dibawa oleh sang tikus. Jadi apa lagi meeting la aku ngan abang aku dan keputusannya, terpaksa la pasang lampu keselamatan yang ada siren. Setelah pasang lampu tu kami berjaya menangkap beberapa ekor tikus dengan menggunakan perangkap .
Sebagai langkah keselamatan lampu nie juga berfungsi mengesan pencerobohan kawasan ternakkan aku bilamana ianya dipasang 24 jam jadi selamat le sikit.... mana le tahu ada 'kekawan' yang cuba untuk ceroboh masuk .Sehingga kini setelah pelbagai rawatan diambil ayam-ayam aku dah menunjukkan tahap kecerdasan yang memuaskan.
Ubat yang sering aku gunakan dalam kaedah rawatan ialah Antistress .Ubat nie banyak dipasaran.Selain menggunakan lampu ubat ini juga amat berkesan bilamana ada anak ayam yang murung dan kesejukkan akibat musim hujan.