Bulan nie tak banyak cerita yang dapat aku bagitau korang tentang projek ayam piru aku, bukan aku ketandusan idea cuma bulan nie cuacanya agak panas, dan kepanasannya membuatkan semua ayam-ayam aku lebih suka lepak kat tempat teduh je seperti dibawah Teratak Impiana , bawah-bawah pokok . Tak banyak aktiviti yang diaorang buat. Pendek kata bila lapoo jeee makan ,,, lapooo jee makan.
Tapi kira ok le jugak time panas nie kerana banyak telur ayam aku menetas pada awal dari jangkaan dan anak-anak ayam pula sihat dan agak agresif dari sebelumnya mungkin juga kerana faktor demikian mempercepatkan proses pengeringan bulu.
Manakala anak itik angsa aku pun banyak yang menetas . Tapi apa boleh buat bro bila dah besar sayap dia dah macam jet laa .... terlepas keluar kenapa eekk? kini koleksi itik angsa aku baru je mencecah 50 ekor tu pun kerana atas permintaan pelanggan. Nilai pasarannya setanding dengan ayam piru . Tak lama lagi bulan April menjelang tiba maka genaplah setahun projek ayam piru merbok .... Semoga Allah memberkati apa yang kami usahakan insyaallah.......Amin.