Saturday, November 20, 2010
Hari ke 2 Gelombang melanda.....
Hari nie ,hari ke 2 gelombang sampar/hawar melanda kat teratak impiana teman ... makin banyak yang terkorban.. semalam sahaja melebihi 60 ekor ,hari ini sampai waktu ini dah hampir 20 ekor ..
buntu kepala otak memikirkan cara untuk mengatasi wabak nie... Sedih beb..... sudah ribu-ribu terbang melayang.... apapun Alhamdulillah segalanya dugaan dari Allah...
Friday, November 19, 2010
Gelombang kedua melanda...
Thursday, November 11, 2010
Mungkinkah.
Setelah Sampar berlabuh......
Beberapa minggu yang lalu teman rasa keseluruhan penternak ayam mengeluh dik kerana penyakit sampar atau hawar telah menyerang ... kat reban teman pun tak terkecuali kena juga ... banyak le juga ayam-ayam teman yang mati, kini petanda awal menunjukkan bahawa penyakit berkenaan telah berkurangan..... Alhamdulillah.. nie adalah sebahagian dari dugaan Allah. so, yang tinggal kat reban teman sekarang nie hanyalah beberapa ekor je . teman tak nak citer panjang lebar , nie adalah sebahagian dari koleksi ayam -ayam teman yang terselamat dari serangan penyakit yang menyakitkan hati semua penternak ayam...
Wednesday, November 10, 2010
Happy Depavali....
Buat pertama kalinya teman dengan kengkawan menyahut cabaran untuk menjual hasil ternakkan yang menjadi kebanggaan teman ketika Deepavali tempohari. Seronok bukan kepalang kerana mendapat sambutan menggalakkan...habis semua ayam piru teman di korbankan dik kerana Devali... insyaalah teman dah plan dengan kengkawan pada Devali yang akan datang kami akan mempromosikan dengan lebih besar lagi...Insyaallah...
Apa pun terimakasih kepada semua blogger yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah banyak memberi tunjuk ajar yang berguna kepada teman .
Subscribe to:
Posts (Atom)