Monday, December 14, 2009

Homestay tiga bintang di teratak Impiana Aku.


Ini adalah diantara koleksi yang terbaik di Teratak Impiana aku bilamana kami secara tak langsung terlibat di dalam Pertandingan Kampung Cantik Anjuran Jkk Kampung.
kata salah seorang juri pertandingan tu " Teratak Impiana adalah diantara yang terbaik yang pernah beliau lawati untuk mengadili pertandingan " aku sendiri pun tak faham apa maksudnya, Samada tersurat ataupun tersirat yang penting
bagi aku kepuasan yang tak terkira kerana projek ayam piru merbok.com
dah maju selangkah kehadapan biarpun tanpa bantuan dan bimbingan dari pihak berkaitan.

Sehingga kini semua ayam aku tidur kat atas rak yang kami
buat khusus dengan tujuan supaya faktor kebersihan dapat di kawal dengan senang manakala najis senang di bersihkan.





Kalau tiket mahal boleh tidur kat Vip suite.....








Manakala tiket murah ...macam biasa laa bro..

Tuesday, December 1, 2009

Lawatan ke Ladang "Up line" aku.

Nie adalah sebahagian dari koleksi "Up line" aku yang aku kira agak banyak le jugak. Kata "Up line" aku lagi sebahagian ayam- ayamnya telah di jual semasa hari Lebaran yang lalu dan juga pada Deepavali baru-baru nie.

Kini yang tinggal hanyalah itik angsa yang amat peramah...
Juga beberapa ekor ayam mutiara yang cantik.



Gambar menunjukkan baka itik angsa berasal dari France manakala induk betina berasal dari negeri China... Hasilnya wow....menakjubkan Koleksi anak-anak "Pan Asia".


Wednesday, November 25, 2009

Sakit mata



Sayang sekali umur baru beberapa hari dah kembali......





Entah kenapa anak ayam aku selalu sakit mata......











Ini antara yang paling aku sayang...

Tuesday, November 24, 2009

Anak-anak first generation




Mana yang lebih cantik....



Makan daun pisang..



Anak -anak zaman la nie....


Koleksi terbaik semperna Aidiladha.



Tengah menjamu selera ...






Penghulu impiana merbok.....


Jom ronda-ronda........




Tengah ejas makwe ke......






Anak-anak first generation.........

Mangsa Pertama

Nie la mangsa pertama yang aku ceritakan dahulu.....
manakala lampu serta siren tu yang telah banyak mengesan segala bentuk ancaman dari
sang tikus.
Sehingga kini
sang tikus agak berkurangan lepak kat teratak impiana aku. Itik angsa aku pun dah tak menjerit lagi pada waktu malam..so bolehla jiran -jiran aku melolapkan mato sikit...Itik aku tu bila dah menjerit kira tahap gaban la juga.

Inkubator

Gambar nie aku snap masa abang aku tengah buat inkubator yang
baru kerana inkubator yang sedia ada
dah tak
boleh menampung lagi. Beliau memang master dalam bidang pembuatan nie, kerana segala bentuk projek yang hendak dilaksanakan di teliti setelitinya. Sehingga kini kami mempunyai lebih kurang lima inkubator yang digunakan secara bersilih ganti. setiap tong boleh memuatkan lebih kurang 60 biji telur . Gambar anak ayam piru yang berjaya kami tetas menggunakan inkubator hasil kerja tangan beliau.

Friday, November 13, 2009

Kemurungan /Stress

Baru-baru nie banyak juga la ayam aku mengalami penyakit kemurungan , aku pun tak tau pasai apa ayam-ayam aku jadi stress macam tu ,nak kata putus cinta mungkin juga pasai baru nie kan raya Depavali ramai le peraih yang datang meminang ayam aku .Macam biasa la banyak le juga pakwe diaorang yang aku jual...mungkin sebab tu le diaorang stress . Malah ada yang mati....Tilik punya tilik tub-tub ayam aku mati akibat ancaman dan penyakit yang aku kira dibawa oleh sang tikus. Jadi apa lagi meeting la aku ngan abang aku dan keputusannya, terpaksa la pasang lampu keselamatan yang ada siren. Setelah pasang lampu tu kami berjaya menangkap beberapa ekor tikus dengan menggunakan perangkap .
Sebagai langkah keselamatan lampu nie juga berfungsi mengesan pencerobohan kawasan ternakkan aku bilamana ianya dipasang 24 jam jadi selamat le sikit.... mana le tahu ada 'kekawan' yang cuba untuk ceroboh masuk .Sehingga kini setelah pelbagai rawatan diambil ayam-ayam aku dah menunjukkan tahap kecerdasan yang memuaskan.
Ubat yang sering aku gunakan dalam kaedah rawatan ialah Antistress .Ubat nie banyak dipasaran.Selain menggunakan lampu ubat ini juga amat berkesan bilamana ada anak ayam yang murung dan kesejukkan akibat musim hujan.

Sunday, October 4, 2009

Kunjungan dari Pegawai Pertanian Kawasan Merbok


Hari ini 28 september 2009, Aku mendapat kunjungan dari seorang Pegawai Pertanian dari kawasan aku, Tuan HJ Rostam . Beliau seorang pegawai yang peramah dan banyak pengalaman dalam bidang nie. Kunjungannya membuka satu lagi lembaran baru bagi penternak ayam piru macam aku kerana katanya aku adalah penternak ayam piru yang pertama mendapat kunjungan dari pihaknya.
Aku telah menambahkan lagi koleksi baka ayam piru yang aku beli dari sekitar kampung . Kini semua ayam-ayam aku dah mencecah hampir 200 ekor . Lepas nie aku bercadang untuk membeli beberapa ekor itik angsa untuk aku jadikan pengawal malam macam cerita perang yang kat dalam tv tu, kerana semua orang tahu yang itik angsa nie adalah pengawal yang setia... upahnya murah je.
Pada mulanya aku membeli sepasang itik angsa dengan harga Rm 160.00 sepasang. setibanya di teratak impiana itik angsa tu buat hal ...dia punya bunyi je membuatkan semua anak jiran aku keluar untuk tengok apa yang berlaku. Kini sedar tak sedar aku dah hampir 6 bulan dalam arena nie dan koleksi itik angsa aku pun dah mencecah 30 ekor.

Stor simpanan makanan.





Wad bersalin di teratak aku..






Kalau korang nak tahu kat sinilah segala rahsia aku tersimpan
dan kat sinilah makmal aku ... maklum le sekolah tak tinggi
sekali tengok biasa aja tetapi bila dua kali tengok ...alamakk ternampak le pula periuk yang dah hampir 5 bulan tak pernah di basuh. Periuk tu aku gunakan untuk memasak nasi 3 kali seminggu bila menu berubah...



Saturday, October 3, 2009

Koleksi terbaik di teratak aku




Bersantai selepas kekenyangan










Tengah meeting atur strategi ke ..








Masih dalam pantauan...








Mak kata " kalau nak jalan mesti dalam kumpulan"....Tenggoookkk..!






Badan domam selero adoo......

Penyakit dan rawatan




Ini adalah sebahagian dari ubat-ubatan yang aku ada untuk merawat penyakit ternakkan aku. Antara penyakit yang sering menyerang ialah penyakit Murung. antara ubat yang aku berikan untuk rawatan ini adalah Antistress. Penyakit hama juga kerapkali menyerang.vaksin yang aku gunakan ialah tembakau dan kaedah yang paling berkesan ialah mencuci dan membakar (menggunakan daun kelapa kering) pastinya semua hama yang masih ada di reban kita akan mati. Antistress aku berikan 1 minggu 1 kali tetapi jika ibu ayam sedang bertelur minum antistress ia menyebabkan kadar bertelur berkurangan .Maksud aku purata telur ayam itu akan menurun kerana antistress sebahagian dari vitamin untuk memberikan ternakkan berselera untuk makan.
Kata kawan aku penyakit hati juga antara penyakit yang boleh menyebabkan ternakkan kita mati secara tiba-tiba manakala vaksinnya sangat mahal dan mencecah RM 800.00 sekilo, dan aku masih mencari nama vaksin itu.. insyallah bila aku dah jumpa nanti aku pasti beritahu korang tentang vaksin ini.

Friday, October 2, 2009

First generation

Apabila munculnya anak ayam yang pertama nie, semangat yang aku kira dah nak pudar dulu tu kembali bersinar. Aku banyak buat kajian dan baca dari blogger kekawan yang dah aku kira expert balam bidang nie. Anak ayam yang baru menetas tu aku timbang dan beratnya lebih kurang 40 gram.
Sampai setakat nie segala usaha aku dah membuahkan hasil. Semua anak ayam aku membesar sebagaimana yang aku rancangkan . Cukup seminggu aku timbang buat kali kedua dan beratnya mencecah 60 gram seekor. Aku cuma bagi makan dedak anak sahaja.
Baru -baru nie aku kira bertuah juga kerana mendapat kunjungan dari Pegawai Pertanian dari kawasan aku.. Banyak juga ilmu dan tunjuk ajar beliau berikan kepada aku.

Tuesday, February 10, 2009

Teratak impiana ayam piru aku.

Untuk pengtahuan semua, aku baru je menceburkan diri dalam bidang nie. Pada mulanya aku langsung tak berminat nak bela, Apatah lagi nak aku habiskan semua aset aku untuk ayam piru yang aku sendiri tak tahu berapa harga nilai pasarannya.. Lama juga aku cuba mengikuti perkembangannya....akhirnya aku pun mencuba....
Bermula dengan hanya 38 ekor yang aku beli dari seorang kawan baik aku yang tinggal di Kepala Batas Pulau Pinang . Minat aku mula menampakkan hasilnya bilamana ayam-ayam aku mula bertelur pada awal bulan Mei hari tu. Seronok bukan kepalang.. Telur yang aku kumpul, aku simpan dan aku eram dengan menggunakan inkubator yang aku beli dengan harga RM 250.00 juga dari seorang kawan. Kata orang kalau nak buat apa pun mesti ada pengalaman ,
Telur yang aku tetas langsung tak menjadi....sebiji pun tak menetas...Frust yang teramat sangat.
Mujurlah aku mendapat dorongan dari abang aku yang juga rakan kongsi aku dalam bidang nie..
Kami sama-sama belajar dan membuat strategi baru .....kini.....first generation muncul, aku berjaya menetaskan hampir 15 ekor anak ayam yang cute dan comel..