Sunday, October 4, 2009

Kunjungan dari Pegawai Pertanian Kawasan Merbok


Hari ini 28 september 2009, Aku mendapat kunjungan dari seorang Pegawai Pertanian dari kawasan aku, Tuan HJ Rostam . Beliau seorang pegawai yang peramah dan banyak pengalaman dalam bidang nie. Kunjungannya membuka satu lagi lembaran baru bagi penternak ayam piru macam aku kerana katanya aku adalah penternak ayam piru yang pertama mendapat kunjungan dari pihaknya.
Aku telah menambahkan lagi koleksi baka ayam piru yang aku beli dari sekitar kampung . Kini semua ayam-ayam aku dah mencecah hampir 200 ekor . Lepas nie aku bercadang untuk membeli beberapa ekor itik angsa untuk aku jadikan pengawal malam macam cerita perang yang kat dalam tv tu, kerana semua orang tahu yang itik angsa nie adalah pengawal yang setia... upahnya murah je.
Pada mulanya aku membeli sepasang itik angsa dengan harga Rm 160.00 sepasang. setibanya di teratak impiana itik angsa tu buat hal ...dia punya bunyi je membuatkan semua anak jiran aku keluar untuk tengok apa yang berlaku. Kini sedar tak sedar aku dah hampir 6 bulan dalam arena nie dan koleksi itik angsa aku pun dah mencecah 30 ekor.

No comments:

Post a Comment