Sunday, October 4, 2009
Kunjungan dari Pegawai Pertanian Kawasan Merbok
Hari ini 28 september 2009, Aku mendapat kunjungan dari seorang Pegawai Pertanian dari kawasan aku, Tuan HJ Rostam . Beliau seorang pegawai yang peramah dan banyak pengalaman dalam bidang nie. Kunjungannya membuka satu lagi lembaran baru bagi penternak ayam piru macam aku kerana katanya aku adalah penternak ayam piru yang pertama mendapat kunjungan dari pihaknya.
Aku telah menambahkan lagi koleksi baka ayam piru yang aku beli dari sekitar kampung . Kini semua ayam-ayam aku dah mencecah hampir 200 ekor . Lepas nie aku bercadang untuk membeli beberapa ekor itik angsa untuk aku jadikan pengawal malam macam cerita perang yang kat dalam tv tu, kerana semua orang tahu yang itik angsa nie adalah pengawal yang setia... upahnya murah je.
Pada mulanya aku membeli sepasang itik angsa dengan harga Rm 160.00 sepasang. setibanya di teratak impiana itik angsa tu buat hal ...dia punya bunyi je membuatkan semua anak jiran aku keluar untuk tengok apa yang berlaku. Kini sedar tak sedar aku dah hampir 6 bulan dalam arena nie dan koleksi itik angsa aku pun dah mencecah 30 ekor.
Stor simpanan makanan.
Kalau korang nak tahu kat sinilah segala rahsia aku tersimpan
dan kat sinilah makmal aku ... maklum le sekolah tak tinggi
sekali tengok biasa aja tetapi bila dua kali tengok ...alamakk ternampak le pula periuk yang dah hampir 5 bulan tak pernah di basuh. Periuk tu aku gunakan untuk memasak nasi 3 kali seminggu bila menu berubah...

Saturday, October 3, 2009
Koleksi terbaik di teratak aku
Penyakit dan rawatan
Ini adalah sebahagian dari ubat-ubatan yang aku ada untuk merawat penyakit ternakkan aku. Antara penyakit yang sering menyerang ialah penyakit Murung. antara ubat yang aku berikan untuk rawatan ini adalah Antistress. Penyakit hama juga kerapkali menyerang.vaksin yang aku gunakan ialah tembakau dan kaedah yang paling berkesan ialah mencuci dan membakar (menggunakan daun kelapa kering) pastinya semua hama yang masih ada di reban kita akan mati. Antistress aku berikan 1 minggu 1 kali tetapi jika ibu ayam sedang bertelur minum antistress ia menyebabkan kadar bertelur berkurangan .Maksud aku purata telur ayam itu akan menurun kerana antistress sebahagian dari vitamin untuk memberikan ternakkan berselera untuk makan.
Kata kawan aku penyakit hati juga antara penyakit yang boleh menyebabkan ternakkan kita mati secara tiba-tiba manakala vaksinnya sangat mahal dan mencecah RM 800.00 sekilo, dan aku masih mencari nama vaksin itu.. insyallah bila aku dah jumpa nanti aku pasti beritahu korang tentang vaksin ini.
Friday, October 2, 2009
First generation
Apabila munculnya anak ayam yang pertama nie, semangat yang aku kira dah nak pudar dulu tu kembali bersinar. Aku banyak buat kajian dan baca dari blogger kekawan yang dah aku kira expert balam bidang nie. Anak ayam yang baru menetas tu aku timbang dan beratnya lebih kurang 40 gram.
Sampai setakat nie segala usaha aku dah membuahkan hasil. Semua anak ayam aku membesar sebagaimana yang aku rancangkan . Cukup seminggu aku timbang buat kali kedua dan beratnya mencecah 60 gram seekor. Aku cuma bagi makan dedak anak sahaja.
Baru -baru nie aku kira bertuah juga kerana mendapat kunjungan dari Pegawai Pertanian dari kawasan aku.. Banyak juga ilmu dan tunjuk ajar beliau berikan kepada aku.

Subscribe to:
Posts (Atom)