Saturday, April 2, 2011

Salam satu Malaysia







Dah bersawang blog teman nie....
kira-kira dah hampir 5 bulan teman tak update ... bukan sibuk tapi saja je buat-buat sibuk kerana ayam-ayam teman agak berkurangan selepas Gelombang Kedua Melanda..... kini ada le sedikit saki baki yg tinggal.... untuk tatapan otai-otai bloger smua teman , teman hanya ada gambar nie je...

Friday, December 24, 2010

Terimakasih kepada Pihak Pengurusan Istana Anak Bukit kerana berurusniaga dengan Ayam Piru Merbok


Sekalung Terima kasih kepada Dr Rahman merangkap pihak Pengurusan Istana Anak Bukit di Alor Setar, Kedah kerana beberapa hari yang lalu beliau telah berkunjung ke Teratak Ayam Piru teman dan membuat urusniaga untuk beberapa ekor Itik Angsa kerana katanya ada majlis di Istana... bangganya teman sebab punya banyak penternak-penternak ruminan ...Teman yang terpilih..Alhamdulillah..dan pada dua hari yang lepas sekali lagi beliau telah datang ke teratak teman dengan tujuan yang sama.. semoga Allah memanjangkan urusan urusniaga dengan beliau bagi pihak Istana....Amin.

Thursday, December 9, 2010

Projek Nombor Dua... Kat teratak Impiana teman

Salam semua, Setelah difikir-fikir dan setelah teman tilik-tilik kat erea kg teman penyakit sampar dah tak ada lg....so, teman akan memasukkan anak -anak ayam yang baru kerana kat teratak impiana teman begitu sunyi berikutan Gelombang kedua melanda tempohari.....mungkin teman akan memelihara ayam yang mengambil masa yang singkat dan bolehlah teman mencari dana untuk membeli baka baru yang berkualiti untuk ternakkan ayam piru teman nanti... insyallah...
Apapun terimakasih kepada semua Otai-Otai blogger yang banyak memberi pandangan serta buah fikiran bagi menyuntik semangat untuk memulakan langkah yang baru....terimakasih...

Terima kasih kepada JPV Pendang, Kedah.




Terimakasih yang tak terhingga kepada JPV Pendang Kedah kerana bersusah payah merawat ternakkan teman yang terkena penyakit sampar tempohari . walaupun ternakkan teman dah berkurangan namun semangat yang telah di berikan tempohari amat bermakna . Kini ayam-ayam teman cuma tinggal lebih kurang 50 ekor je....nampaknya kenalah memulakan langkah yang pertama semula.....

Saturday, November 20, 2010

Hari ke 2 Gelombang melanda.....











Hari nie ,hari ke 2 gelombang sampar/hawar melanda kat teratak impiana teman ... makin banyak yang terkorban.. semalam sahaja melebihi 60 ekor ,hari ini sampai waktu ini dah hampir 20 ekor ..
buntu kepala otak memikirkan cara untuk mengatasi wabak nie... Sedih beb..... sudah ribu-ribu terbang melayang.... apapun Alhamdulillah segalanya dugaan dari Allah...

Friday, November 19, 2010

Gelombang kedua melanda...

Gelombang kedua melanda lagi..... Sampar/hawar ayam... kali nie betul-betul teruk... teman pun tak tahu nak buat macamana lagi... ini sebahagian dari mangsa gelombang kedua...











Thursday, November 11, 2010

Mungkinkah.




Semua orang tahu bahawa kejayaan pasti datang bila kita berusaha bersungguh-sungguh, dan mungkinkah ....ini petanda kecil kejayaan pasti menjelma....cuba korang perhatikan koleksi gambar yang teman snap khas untuk pengunjung blog teman dan selamat menghayatinya....