Friday, December 24, 2010

Terimakasih kepada Pihak Pengurusan Istana Anak Bukit kerana berurusniaga dengan Ayam Piru Merbok


Sekalung Terima kasih kepada Dr Rahman merangkap pihak Pengurusan Istana Anak Bukit di Alor Setar, Kedah kerana beberapa hari yang lalu beliau telah berkunjung ke Teratak Ayam Piru teman dan membuat urusniaga untuk beberapa ekor Itik Angsa kerana katanya ada majlis di Istana... bangganya teman sebab punya banyak penternak-penternak ruminan ...Teman yang terpilih..Alhamdulillah..dan pada dua hari yang lepas sekali lagi beliau telah datang ke teratak teman dengan tujuan yang sama.. semoga Allah memanjangkan urusan urusniaga dengan beliau bagi pihak Istana....Amin.

Thursday, December 9, 2010

Projek Nombor Dua... Kat teratak Impiana teman

Salam semua, Setelah difikir-fikir dan setelah teman tilik-tilik kat erea kg teman penyakit sampar dah tak ada lg....so, teman akan memasukkan anak -anak ayam yang baru kerana kat teratak impiana teman begitu sunyi berikutan Gelombang kedua melanda tempohari.....mungkin teman akan memelihara ayam yang mengambil masa yang singkat dan bolehlah teman mencari dana untuk membeli baka baru yang berkualiti untuk ternakkan ayam piru teman nanti... insyallah...
Apapun terimakasih kepada semua Otai-Otai blogger yang banyak memberi pandangan serta buah fikiran bagi menyuntik semangat untuk memulakan langkah yang baru....terimakasih...

Terima kasih kepada JPV Pendang, Kedah.




Terimakasih yang tak terhingga kepada JPV Pendang Kedah kerana bersusah payah merawat ternakkan teman yang terkena penyakit sampar tempohari . walaupun ternakkan teman dah berkurangan namun semangat yang telah di berikan tempohari amat bermakna . Kini ayam-ayam teman cuma tinggal lebih kurang 50 ekor je....nampaknya kenalah memulakan langkah yang pertama semula.....