Wednesday, November 10, 2010

Happy Depavali....














Buat pertama kalinya teman dengan kengkawan menyahut cabaran untuk menjual hasil ternakkan yang menjadi kebanggaan teman ketika Deepavali tempohari. Seronok bukan kepalang kerana mendapat sambutan menggalakkan...habis semua ayam piru teman di korbankan dik kerana Devali... insyaalah teman dah plan dengan kengkawan pada Devali yang akan datang kami akan mempromosikan dengan lebih besar lagi...Insyaallah...

Apa pun terimakasih kepada semua blogger yang terlibat secara langsung dan tidak langsung kerana telah banyak memberi tunjuk ajar yang berguna kepada teman .

Wednesday, September 29, 2010

Ramadhan Yang Mulia


Assalamualaikum...... Jutaan kemaafan teman pohonkan kerana teman telah terlalu lama tidak berkesempatan untuk 'mengupdatekan' blog teman nie.... so dipendekkan cerita, pada bulan ramadhan yang lalu teman dan isteri serta dengan bantuan kaum kerabat teman telah turut serta membuat projek menjual " Nasi Briyani ayam Piru" kat Bazar Ramadhan erea Kg Teman ... sambutan teramat diluar dugaan.... rata-rata pengunjung bazar memberi respon yang teman sendiri tidak percaya.. ada yang berkata " pernah makan Nasi berlaukkan Ayam Piru beberapa tahun yang dahulu , itupun ketika kenduri Aruah kat Kg Seberang". ada juga yang berkata teman sanggup untuk menanggung risiko kerana harga ayam piru yang mahal.. apapun teman teramat berpuas hati kerana produk teman telah mendapat sambutan dari orang ramai..
Diam tak diam kebanyakkan pengunjung bazar ramadhan berpeluang menikmati juadah Nasi Briyani Ayam Piru teman .... so kepada kengkawan yang baru menceburkan diri dalam bidang nie , Nasihat dari teman janganlah takut untuk mempromosikan produk kita sendiri biarpun tanpa bantuan dari "Koler Putih mahupun Koler Biru" buktikan kita tetap boleh berdikari .

Monday, July 12, 2010

Candid 2



Salah siapa

aksi yang tak disengajakan ini
teman rakamkan sejurus selepas
beberapa ketika ibu ayam ini tersalah masuk kawasan....


Wednesday, July 7, 2010

Ayam kampung kat teratak aku

Nie adalah sebahagian kecil dari
anak ayam kampung yang ada
dalam teratak impiana aku...
Semua anak ayam kampung nie aku baru keluarkan dari kandang asuhan ..so baru belajar makan kat atas tanah , tu yang masing-masing kebingungan lagi....