Friday, November 13, 2009

Kemurungan /Stress

Baru-baru nie banyak juga la ayam aku mengalami penyakit kemurungan , aku pun tak tau pasai apa ayam-ayam aku jadi stress macam tu ,nak kata putus cinta mungkin juga pasai baru nie kan raya Depavali ramai le peraih yang datang meminang ayam aku .Macam biasa la banyak le juga pakwe diaorang yang aku jual...mungkin sebab tu le diaorang stress . Malah ada yang mati....Tilik punya tilik tub-tub ayam aku mati akibat ancaman dan penyakit yang aku kira dibawa oleh sang tikus. Jadi apa lagi meeting la aku ngan abang aku dan keputusannya, terpaksa la pasang lampu keselamatan yang ada siren. Setelah pasang lampu tu kami berjaya menangkap beberapa ekor tikus dengan menggunakan perangkap .
Sebagai langkah keselamatan lampu nie juga berfungsi mengesan pencerobohan kawasan ternakkan aku bilamana ianya dipasang 24 jam jadi selamat le sikit.... mana le tahu ada 'kekawan' yang cuba untuk ceroboh masuk .Sehingga kini setelah pelbagai rawatan diambil ayam-ayam aku dah menunjukkan tahap kecerdasan yang memuaskan.
Ubat yang sering aku gunakan dalam kaedah rawatan ialah Antistress .Ubat nie banyak dipasaran.Selain menggunakan lampu ubat ini juga amat berkesan bilamana ada anak ayam yang murung dan kesejukkan akibat musim hujan.

No comments:

Post a Comment