Wednesday, July 7, 2010

Ayam kampung kat teratak aku

Nie adalah sebahagian kecil dari
anak ayam kampung yang ada
dalam teratak impiana aku...
Semua anak ayam kampung nie aku baru keluarkan dari kandang asuhan ..so baru belajar makan kat atas tanah , tu yang masing-masing kebingungan lagi....

Saturday, June 26, 2010

Pose istimewa sempena hari bapa...




Zon selamat telah di cerobohi....

Selang beberapa minit aku masuk ke teratak
impiana , mata terus terpandang kearah
musuh utama penternak iaitu.... Biawak punya biawakkk!!!
Berani dia masuk ke zon selamat.





Nasib baik ada sensor nie dapat mengesan musuh dengan cepat.

Jom singgah pekena Langsat ....






Musim buah-buahan datang lagi....tak terlepas juga kat teratak impiana aku ..... tak caya tunggu dan lihat... sesapa nak rasa mai la sini....

Monday, May 17, 2010

Antara ubat ubatan yang di berikan....




Ini adalah sebahagian dari ubat -ubatan yang aku beli dari Klinik Haiwan kat Pekan tempohari......











Nie adalah ubatan yang dibekalkan oleh Pegawai Veterina kat tempat aku ....Cuba anda perhatikan tarikh Exp.....

Amonia dari ternakan



Terima kasih kepada CITYPULL BACKYARD POULTRY FARM DAN DQ FARM kerana
rujukan yang diberikan......

salam,

kalau anda perhatikan atau terbaca dari blog teman, sebenarnya dari dulu lagi teman suka cakap yang peratusan tinggi penyakit yang menyerang reban adalah disebabkan reban yang kotor. Reban yang kotor bermaksud tidak diselenggarakan dengan betul serta tidak di bersihkan selalu. sememangnya dalam penternakkan yang melibatkan benda hidup, najis dari bahan buangan haiwan mengandungi amonia yang terbebas dan sangat merbahaya kepada ternakkan kita. Teman sangat bersetuju dengan Mr. Wong dari DQ Farm yang menceritakan betapa merbahayanya amonia ini kepada ternakkan.

Pengurusan sisa kumbahan semasa ayam berada didalam reban adalah isu besar , direban kita yang perlu ditanggani dengan bijak. perkara ini bukannya benda kecil sehingga kita boleh mengabaikannya. Banyak idea dan cara pengurusan yang diamalkan oleh penternak seluruh dunia untuk mengatasi masaalah ini. Namun kita di Malaysia terutama penternak kecil kurang arif mengenai perkara ini. Tambahan pula tiada maklumat lengkap bagaimana nak membina reban kalis amonia atau reban yang mudah untuk kita melakukannya . Bagi teman kaedah dan pengurusan kita perlulah sesuai dengan bentuk muka bumi dan kekuatan menguruskannya.

Bagi penternak kecil, kita mungkin mempunyai sedikit pilihan kerana saiz ternakkan yang tidak seberapa. Kita boleh melakukan sendiri kerja pembersihan atau memilih untuk menggunakan reban tingkat atas yang kalis najis. Namun sekiranya kita mahu membuat ternakkan berskala besar, cara baru yang lebih produktif perlu digunapakai. Seperti reban teman , menggunakan medium pasir adalah satu-satunya cara yang paling mudah dan praktikal untuk mengelakkan amonia terus meresap kedalam tubuh ternakan. Pasir yang mempunyai daya penyerapan yang baik akan bertindak untuk menutupi amonia ini dan mengurangkan sedikit kesannya kepada ternakan . Namun terdapat beberapa syarat-syarat yang perlu digunakan untk memastikan pengunaan pasir dapat menghindari gejala ini berlaku.

Di DQ Farm, cara pengurusan amonia mereka sangat berkesan dan terbaik. Dengan mengamalkan konsep "meninggalkan amonia di belakang" ternakkan mereka sentiasa dalam keadaan terbaik dan "happy"selalu. Cuma kalau kita hendak mengunakan kaedah yang sama didalam reban kita, kita memerlukan padang ragut atau tempat kurungan yang luas. Ini kerana mereka menggunakan kaedah mengubah reban atau kawasan tempat tidur mereka dari masa ke semasa. Kita akan menghadapi kesukaran untuk mengerakkannya sekiranya membina reban mudah alih yang terlalu berat untuk dipindahkan. so samada mengerakkan reban anda atau anda mengerakkan "tanah" dibawah reban anda untuk menukarkannya dengan yang baru. Maksud teman adalah kita menempatkan reban yang statik tetapi menukarkan lapik atau alas untuk najis ini secara berskala. kini terpulang kepada anda untuk menilai mana yang terbaik.....

Sunday, May 16, 2010

Perkara yang paling aku takuti telah terjadi....


Selama aku menceburkan diri dalam arena ini . Perkara inilah yang paling aku takuti.... Ayam-ayam aku terkena jangkitan Hati.....Simtom yang terjadi pada ayam aku ialah ayam jadi murung,kurang selera makan dan selsema yang berpanjangan.... so, nak tak nak terpaksalah aku korbankan yang seekor nie untuk mengenalpasti permasaalahannya....
Bedah siasat dah dibuat maka terjumpalah penyakitnya ( lihat gambar) .. Pada keesokkannya aku telah ke pejabat Veterina di tempat aku untuk mengenalpasti penyakit

tersebut tapi malangnya.. pihak berwajib nak tak nak je menjawab setiap soalan yang aku cuba ajukan kepada mereka.... Mungkin pada andaian aku penternak kecil macam aku nie bagi mereka ibarat" Biawak memakan bangkai" sebabnya ...Penternak kecil macam aku nie tak mampu untuk memberi "secawan kopi pun sekiranya mereka turun padang" ... malah aku diberi ubat yang dah Exp Date pada 2009 .... Sedih sungguh apa yang berlaku dengan sikap di Jabatan Veterina kat tempat aku ....

Tak puas hati dengan sikap pegawai di jabatan tersebut, aku telah pergi ke sebuah Klinik Haiwan di Pekan , Berhampiran dengan Pejabat Veterina tadi.... seorang Doctor Haiwan berbangsa India menyapa aku , bertanya apakah tujuan dan apa yang perlu di bantu.. Berbeza dengan layanan yang aku dapat tadi ,, sungguh berbeza....
Aku juga dari Institusi Kerajaan suatu ketika dahulu,,, Inikah budaya yang sering di war-warkan . Apa pun terima kasih kepada Pejabat Veterina kat tempat aku kerana banyak mengajar "biawak-biawak kecil memakan bangkai".