Friday, October 2, 2009

First generation

Apabila munculnya anak ayam yang pertama nie, semangat yang aku kira dah nak pudar dulu tu kembali bersinar. Aku banyak buat kajian dan baca dari blogger kekawan yang dah aku kira expert balam bidang nie. Anak ayam yang baru menetas tu aku timbang dan beratnya lebih kurang 40 gram.
Sampai setakat nie segala usaha aku dah membuahkan hasil. Semua anak ayam aku membesar sebagaimana yang aku rancangkan . Cukup seminggu aku timbang buat kali kedua dan beratnya mencecah 60 gram seekor. Aku cuma bagi makan dedak anak sahaja.
Baru -baru nie aku kira bertuah juga kerana mendapat kunjungan dari Pegawai Pertanian dari kawasan aku.. Banyak juga ilmu dan tunjuk ajar beliau berikan kepada aku.

No comments:

Post a Comment