Saturday, October 3, 2009

Penyakit dan rawatan




Ini adalah sebahagian dari ubat-ubatan yang aku ada untuk merawat penyakit ternakkan aku. Antara penyakit yang sering menyerang ialah penyakit Murung. antara ubat yang aku berikan untuk rawatan ini adalah Antistress. Penyakit hama juga kerapkali menyerang.vaksin yang aku gunakan ialah tembakau dan kaedah yang paling berkesan ialah mencuci dan membakar (menggunakan daun kelapa kering) pastinya semua hama yang masih ada di reban kita akan mati. Antistress aku berikan 1 minggu 1 kali tetapi jika ibu ayam sedang bertelur minum antistress ia menyebabkan kadar bertelur berkurangan .Maksud aku purata telur ayam itu akan menurun kerana antistress sebahagian dari vitamin untuk memberikan ternakkan berselera untuk makan.
Kata kawan aku penyakit hati juga antara penyakit yang boleh menyebabkan ternakkan kita mati secara tiba-tiba manakala vaksinnya sangat mahal dan mencecah RM 800.00 sekilo, dan aku masih mencari nama vaksin itu.. insyallah bila aku dah jumpa nanti aku pasti beritahu korang tentang vaksin ini.

No comments:

Post a Comment